Program Persediaan Peperiksaan PT3 Maxis eKelas 2019
7 September 2019 | Aktiviti TerkiniPada 6 September 2019 yang lalu telah berlangsungnya satu program iaitu ‘Program Persediaan Peperiksaan PT3 Maxis eKelas 2019’. Program ini merupakan anjuran bersama antara pihak Maxis dan Pusat Internet Malaysia untuk pelajar-pelajar yang menyertai Tuisyen Maxis eKelas. Program ini berlangsung selama 3 jam bermula dari jam 3 petang sehingga 6 petang yang melibatkan semua pelajar-pelajar Maxis eKelas Tingkatan 1 hingga 3.
Program ini bertujuan untuk Menjalankan kelas latih tubi dan ulangkaji pelajaran terhadap pelajar-pelajar e-Kelas tingkatan 1, 2 dan 3 yang bakal menduduki peperiksaan akhir tahun dan PT3 yang bakal datang.
Antara kebaikan program ini ialah :
• Pelajar-pelajar dapat mengingat kembali tajuk-tajuk matapelajaran yang lama.
• Dapat mengingat kembali teknik-teknik atau formula-formula yang telah diajar.
• Dapat mengetahui tip-tip menjawab soalan peperiksaan yang betul.
• Dapat mengulangkaji semula tajuk-tajuk yang sudah lupa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: